COFFEE TALK 1.0
Ilmu penulisan telah banyak diperolehi.
Manuskrip juga telah banyak dihasilkan.
Namun, masih keliru dengan cara penerbitan yang terbaik.
Sesi 'coffee talk' ini diadakan untuk membantu lebih ramai penulis dan bakal penulis terus menulis dan menerbitkan naskhah solo.
Dalam merealisasikan impian dan naskhah solo ini pasti ada pelbagai cabaran dan kesukaran yang terpaksa ditempuhi.
Justeru, kami mengambil langkah proaktif untuk membantu, berkongsi maklumat serta pengalaman agar segala cabaran dan kesukaran itu dapat ditempuhi dengan lebih bersedia.
Kami bawakan pembimbing berpengalaman:
Dr Umi Kalthum binti Ngah
Penasihat Penawan, pembimbing dan penulis yang telah berpengalaman lebih 10 tahun. Beliau banyak membantu ahli Penawan menulis dan mendapatkan geran untuk merealisasikan buku mereka.